Social Icons

Pages

Wednesday, February 5, 2014

Balik oo balik

Tinggal 3 minggu lagi nak habis internship.
Semakin menghampiri tarikh tamat internship semakin banyak kerja diberikan.
Hahaha.Tidak usah mengeluh.Keluhan itu tidak memberikan apa-apa.

Hampir 5 tahun berada di negara Jepun ini.
Suka-duka pahit manis masin masam tawar kelat dirasai sepanjang berada di negara ini.
Dari tak pandai cakap jepun sehingga boleh cakap jepun.
Dari tak tau tulis kanji boleh tulis kanji.
Dari tak tau apa-apa jadi tau apa-apa.

Terima kasih kerajaan kerana memberi kepercayaan.

Tapi duit biasiswa tak dibelanjakan dengan betul.
Tapi result exam cukup makan saja.
Kadang-kadang terfikir betul ke aku layak dapat tawaran belajar ini.
Pasti kebanyakan sahabat-sahabat lain terfikir seperti itu.

Nak baiki result exam sudah terlambat.
Lepas graduate pulang Malaysia.
Lepas pulang nanti nak berbakti pada keluarga,agama,bangsa dan negara.
MESTI!

InsyaAllah.

Main tulis saja.

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates