Social Icons

Pages

Saturday, August 3, 2013

Cerita puasa.

"Nok buko gapo arini?",tanya Abe kepada Kiu.
"Dok tau la.Dok pung kite gi makang luor nok?",jawab Kiu.

Itu la soalan rutin dua sahabat di petang Ramadhan sejam sebelum waktu berbuka.Subuh seawal 3 pagi memaksa dua orang ini tidak tidur sehngga solat subuh.Kalau tidur alamatnya tak bangun sahur dan terpaksa menempuh tempoh berpuasa selama 16 jam.

Selepas solat subuh mereka akan tidur sehingga jam 8 dan bangun untuk ke kelas di awal pagi.Selalunya si Kiu ini yang biasa ada kelas awal.Si Abe pula biasanya lepas solat zohor baru ke kelas.Mereka akan pulang pada jam 6 petang dan menunggu waktu berbuka.Sekali sekala mereka ini tertidur keletihan.

Di Jepun tiada bazar ramadhan seperti di Malaysia.Kalau di Malaysia selepas kelas atau kerja, biasanya kita akan ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka.Tetapi tidak di Jepun, mereka terpaksa masak sendiri atau makan makanan yang boleh dimakan di mana-mana restoran.
Walaupun begitu, di tempat mereka pada setiap hari Sabtu, warga Malaysia di sana akan mengadakan majlis iftar bersama.Pada waktu inilah mereka dapat merasa pelbagai masakan Malaysia yang telah lama tidak dijamah di samping merapatkan ikatan silaturrahaim antara warga Malaysia di sana.

Kiu dan Abe sudah 5 tahun berpuasa di perantauan.Sepanjang 5 tahun tersebut, bulan Ramadhan berada di musim panas.

"Seronok sebenarnya puasa time musim panas.Cabarannya besar tapi bila dapat tempuhinya ia merupakan suatu keseronokan", kata Kiu.
 
Doakan saudara-saudara kita di Mesir,Palestin,Syria dan negara-negara lain.
Doa dibulan Ramadhan Allah cepat makbulkan.

 
Sekitar majlis Iftar



 
 
Blogger Templates