Social Icons

Pages

Monday, December 23, 2013

Pheww~

Cuti musim sejuk kembali lagi.
Alhamdulillah final presentation untuk graduation research dah habis.
Sekarang tinggal internship saja.
Internship 2 bulan.Name je internship tapi sambung research member lab.
Member-member lab lain buat internship dekat syarikat-syarikat besar.
Tak ada rezeki buat internship dekat syarikat.Oh tidak mengapa la.

Tahun ini nak main snowboard.
Setahun dah tak main salji.
Tahun lepas cuti musim sejuk balik Malaysia.
Rugi oh tak main salji.

Tahun ni main snowboard dengan batchmates dengan juniors.
Moga dapat kenangan manis.

Malas tulis. :D

Thursday, September 12, 2013

Saturday, August 3, 2013

Cerita puasa.

"Nok buko gapo arini?",tanya Abe kepada Kiu.
"Dok tau la.Dok pung kite gi makang luor nok?",jawab Kiu.

Itu la soalan rutin dua sahabat di petang Ramadhan sejam sebelum waktu berbuka.Subuh seawal 3 pagi memaksa dua orang ini tidak tidur sehngga solat subuh.Kalau tidur alamatnya tak bangun sahur dan terpaksa menempuh tempoh berpuasa selama 16 jam.

Selepas solat subuh mereka akan tidur sehingga jam 8 dan bangun untuk ke kelas di awal pagi.Selalunya si Kiu ini yang biasa ada kelas awal.Si Abe pula biasanya lepas solat zohor baru ke kelas.Mereka akan pulang pada jam 6 petang dan menunggu waktu berbuka.Sekali sekala mereka ini tertidur keletihan.

Di Jepun tiada bazar ramadhan seperti di Malaysia.Kalau di Malaysia selepas kelas atau kerja, biasanya kita akan ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka.Tetapi tidak di Jepun, mereka terpaksa masak sendiri atau makan makanan yang boleh dimakan di mana-mana restoran.
Walaupun begitu, di tempat mereka pada setiap hari Sabtu, warga Malaysia di sana akan mengadakan majlis iftar bersama.Pada waktu inilah mereka dapat merasa pelbagai masakan Malaysia yang telah lama tidak dijamah di samping merapatkan ikatan silaturrahaim antara warga Malaysia di sana.

Kiu dan Abe sudah 5 tahun berpuasa di perantauan.Sepanjang 5 tahun tersebut, bulan Ramadhan berada di musim panas.

"Seronok sebenarnya puasa time musim panas.Cabarannya besar tapi bila dapat tempuhinya ia merupakan suatu keseronokan", kata Kiu.
 
Doakan saudara-saudara kita di Mesir,Palestin,Syria dan negara-negara lain.
Doa dibulan Ramadhan Allah cepat makbulkan.

 
Sekitar majlis Iftar



Monday, July 29, 2013

Exam.



Exam is just around the corner.
This year Hari Raya will be in exam week:'(

Happy Exam and Salam Dendang Perantau.

Wednesday, July 10, 2013

Memory #3 (EuroTrip : London,UK)



Belah kanan kami tu Big Ben.Tak nampak

Three Asian Boys in front of The Buckingham Palace

Dekat pintu depan Buckingham Palace
Hai boleh kenal?

The Guards.Topi hitam tu nampak best!

London Double-Decker Bus
London Bridge

Monday, July 8, 2013

Monday, July 1, 2013

Momo




Ini Momo.
Kucing kami bela.
Sangat aktif.
Suka gigit kaki orang.
Suka duduk bawah meja.

Sunday, June 30, 2013

Persahabatan itu tiada sempadan


Bergambar bersama 2 orang pelajar Laos.
Belah kiri tu Toulee.Dia rakan sekelas.
Belah kanan tu junior Toulee.Tak kenal:P

Gambar diambil semasa World Tea Festival @ Toyohashi University of Technology.

Thursday, June 27, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Kembali

Setahun lebih tak update blog ni.
Sibuk dengan kehidupan.
Sibuk menghadapi cabaran hidup.
Sibuk macam-macam.

Ada masa cerita menarik akan dimasukkan.

Sekian.


Satu sungai di Shinshiro-shi,Aichi.

 
 
Blogger Templates