Social Icons

Pages

Tuesday, November 30, 2010

Mee Sup Sasebo versi 1.0.0

Musim sejuk yg sudah datang.Perut selalu lapar.Fenomena biase musim sejuk.Hehe..Hari ni balik skolah perut berbunyi.Sebab x makan nasi tghari tadi.Lepas solat asar duduk termenung jap.Mengimbau kembali kenangan di PPKTJ,UTM KL(tmpt psdiaan mase dulu) dulu.Petang2 lepas balik kalo free,membe bilik sebelah,Azri tak pun Yin ajak gi makan mihun sup kat Taman Sri Rampai.Mihun sup paling mantap kat situ.Murah dan banyak.:D

Bile dah teringat tu,rase nak mkn mihun sup pulak.Mihun xde tapi mee kuning ade.Ape gi terus gi dapur la.Bahan sume cukup.Sejam diperlukan untuk membuat sup.Tapi rase die xde la sesedap kedai tu.Stakat boleh makan ok la.:D

Tada!!Mee sup versi bujang.(Dapat isteri pandai masak sup ni mantap ni.Hahaha)


Mee kuning Jepun.Besenye dijual untuk kegunaan sorang.

versi 1.0.0 tu versi bujang.
dah kawin jadi versi 1.1.0
dapat anak 2 org jadi versi 1.1.2
semua di atas adalah rekaan semata-mata
Peace v(^^)v

Friday, November 26, 2010

MUFLIS di sana lagi perit dari MUFLIS di sini

26 November hari Jumaat.Khutbah yang dipilih untuk solat jumaat hari tu."Kaya Dunia Muflis di Akhirat".Saya menjadi khatib.Mase bace khutbah ade isi-isi khutbah tu menyentuh hati saya.Ape yang menyentuh hati saya tu?

Kita sebagai orang islam wajib menunaikan solat,pose,mengerjakan haji dan sebagainye.Tapi duk buat bende wajib tu sebilangan besar dari kite,tak sedar yang kite telah menzalimi orang lain mcm fitnah, mengumpat , caci , curi , tipu, pukul orang , sihir dan mcm2.Saya mengaku saya jugak penah umpat orang.Umpat orang ni best tapi balasan die..muflis di akhirat..kene HATI-HATI..

Ade 1 hadis Rasulullah (bace abes ye:D)

Bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

So boleh kate golongan yg jadi muflis kat akhirat berasal dari mereka yg memiliki pahala mcm pahala solat,pose,zakat dan mcm2 lg.Tapi semua pahala tu habis digunakan utk bayar balik ganti rugi kat orang yg kite zalim tu.Lagi2 kite dapat dosa org yg kite zalim tu.

Rugi kn.Buat pahala kat dunia tapi abes cm tu je kat akhirat bayar hutang.So renungkan balik ade tak kite zalim kat org lain.

Kalo kita muflis kat sini ade lagi orang boleh tolong kan.Kalo muflis kat akhirat sape nak tolong?

Wallahualam.

Tuesday, November 9, 2010

'salam'

mase bukak fesbuk,ade seorang insan menghantar msj kt saye..saye x brape suka ngan msj die tu..
die bg salam x betul..tau die bg salam mcm mane?



ade ke patut bg salam mcm tu..da la maksud die x elok kalo dicari maksud nye dlm kamus..kurang2 tulis la 'slm'..bajet style la kot..hmm..membe2 lain pon ade bg slm x betul..contoh asmekom,smekom,kom....dan lain-lain..bukan ape salam tu kan bnde elok..so buat la elok2 kn..

Saturday, November 6, 2010

Trip to China Day 4&5 : Shanghai Expo 2010

Hari ke-4 di China.Kami gi expo.Shanghai Expo 2010.Pagi2 kami kne bangun awal.Flight dari Xiamen ke Shanghai awal.Cuaca agak kurang baik mase tu.Hujan dan angin yang kuat.Mase terbang dari Xiamen ke Shanghai tu,flight yg kami naik tu beberape kali bergegar disebabkan awan yg sgt tebal.Cuak gak mase tu.Dengan x nmpk ape kt luar tu.Alhamdulillah lepas sejam stngah terbang,kami sampai di Shanghai International Airport.

Lepas sampai tu kami trus gi tapak expo tu.Ramai gile org.Dianggarkan mase tu ratus2 ribu org datang memeriahkan expo tu.Expo ape tu?Ha..expo tu expo yg memperkenalkan negara2 yg ade kt dunia ni.X sume ade.Tapi banyak la.

Mase nak masuk expo tu ade security check.Barang cecair dari luar x dibenarkan di bawak masuk.Mcm nak masuk departure gate.Ade metal check.Fuh mmg high security la nak masuk ni.

Lepas sume masuk,kami diberi taklimat dan berpecah ikut kumpulan.Kumpulan masing2 bebas bergerak dlm tu.


Malaysia Pavillion.Nak masuk tp ramai sgt.X sempat masuk

Dalam City Being Pavillion.Bosan.

Passport.Keluar setiap pavillion dapat cop.

Tiket masuk.

Group saye.

Pakcik Sri Lanka.Buat pe ntah.

China Pavillion.Ni pon x sempat masuk.


Keramaian org.

Keramaian org jgak.Atap merah tu Malaysia Pavillion.

Kami jalan2 dlm tu smpi mlm.Penat jalan.Skill memotong line juga terasah.Hehe.
Esok pagi kami balik Jepun.
Alhamdulillah travel di China selamat dan seronok^^.

Sunday, October 24, 2010

Trip to China Day 2 & 3 : Xiamen

Hari kedua & ketiga ade kat Xiamen.Xiamen merupakan satu bandar yg agak besar kat China.Mcm Shanghai.Tapi kecik sket.Name lain Xiamen ialah Amoy.Sebelum gi China,saye pikir Xiamen ni kampung sebab name 'xiamen' ni jarang dengar.Sampai je,terkejut jap.Xiamen sangat besar.Lagi besar dari bandar raya KL.

Sekitar hotel

Dari tingkap bas

Hari kedua nye jadual melawat tmpat menarik kat Xiamen & 'koryukai' @ interchange program dengan pelajar2 Xiamen University of Technology yg ambik kos bahasa jepun.Terkejut gak dengar ade kos bahasa jepun kt situ.

Sebelom gi 'koryukai' tu,kami gi tempat yg paling popular kat Xiamen.Sebuah pulau yg cantik bernama Gulangyu Island.Nak gi pulau tu kene naik feri.Kejap je.10 minit dari jeti tanah besar Xiamen.Org nak gi pulau sgt ramai mase tu.Terpakse bersesak-sesak dalam feri.Nasib baik 10 minit je.

Kat pulau tu macam-macam ade.Bank,McD,KFC,outlet,kedai2.Pastu barang2 die murah dan banyak yg pelik2.Memang rambang mate la sape yg suke shopping.Tapi mase tu kami x de mase,so kami hanya bersiar-siar di sekitar pulau tu.

Jeti ke Gulangyu Island.

Feri dari Gulangyu Island.

Anjing dibiarkan bebas.Kencing pon bebas kat mane-mane.

Pemandangan Xiamen City dari puncak bukit di Gulangyu Island.

Bersama classmate.

Aiskrim yang tinggi.

Bank of China.


Lepas balik semula ke daratan Xiamen kami terus gi Xiamen University of Technology.Universiti tu besar dan cantik.Bentuk bangunan pelik-pelik.Canggih gak universiti kat china ni.Universiti ni macam2 kos ade.Name je 'technology'.Kos ke'pramugari'an pon ade.Mase round2 kat universiti tu saye ternampak beberape pelajar memakai pakaian pramugari.Hebat:)

Kawasan utama Xiamen University of Technology

Blok Electrical Engineering


Lepas round2 universiti tu bermula la event paling besar.'koryukai' bersame pelajar cina yg ambik kos bahasa jepun.Bahasa jepun diorg bunyi cina.Agak janggal la bile ckp jepun ngan diorang.hehehe.Ade yg igt saye ni budak jepun.Bile saye cakap saye org Malaysia diorg tkejut.Saye ni mane ade ciri2 org jepun.Saye tnye diorg nape diorg igt saye org jepun.Diorg ckp bahasa jepun saye mcm org jepun.hahaha.Mase 'koryukai' tu mcm2 budaya cina kami belajar.Seronok gak.

'Koryukai' tu sgt seronok.Denga student2 cina ckp jepun.Teringat mase mule2 blaja jepun dulu:)





Hari ketiga.Shopping & lawatan ke kilang jepun di Xiamen.Saye x shopping.Sebab x tau nak beli ape.Xiamen ni banyak kedai fesyen.Banyak brand yg diciplak.Membe2 jepun seronok membeli belah sbb murah kalo dibandingkan ngan jepun.Diorg x ksah ori ke x ori.Janji nampak brand tu.hahaha.Mase ni saye banyak ambik gamba je.

Lepas shopping kami balik hotel tuka baju pakai sut sebab nak gi lawatan kilang.Kilang yang kami gi tu kilang buat motor elektrik yg sgt kecik yg ade dalam kamera@henset dan sewaktu dengan nye.Lawatan tu banyak explaination je.Agak boring.hahaha

Lepas lawatan tu kami dibebaskan sbntar utk sambung shopping,bersiar-siar bandar Xiamen.


Pemandangan Xiamen City waktu malam dari tingkap hotel.

Saturday, October 23, 2010

Trip to China Day 1 : Going Xiamen

Angan-angan nak gi China da tercapai.Baru-baru ni gi China bersama rakan-rakan sekelas & sensei dengan tujuan lawatan sambil belajar.Nak gi China ni bukan free walaupun gi ngan skolah.Taun lepas tiap-tiap bulan kne bayar.Sebulan 10000 yen = rm380.10 kali bayar.Patut la duit dlm bank slalu hilang.Rupe nye kne tarik utk bayar duit lawatan ni.:D


Pagi tu kene bangun awal.Pukul 0600 da nak kene gerak.So mlm sblum pegi tu saye layan drama jepun sampai abes sbb igt x nak tdo tp last2 tdo gak.Nasib baik terbangun pagi tu.Kene btolak awal sbb flight pkul 0950.Dari skolah ke airport 2 jam dengan bas.Airport kt fukuoka.

Gi China naik flight berjenama Eastern China.Masuk2 flight tu trus denga pngumuman bahasa cina.Pramugari pon ckp cina.Destinasi hari tu nak gi Xiamen(Amoy).Nak gi Xiamen kene gi Shanghai dulu.Fukuoka Airport ke Shanghai International Airport x lame mane.Lebih kurang 1 jam stengah.


Lepas sampai Shanghai,kami x terus gi Xiamen.Kami keluar airport jap.Gi lunch.Lunch kt restoran tepi laut.Shanghai International Airport terkenal dengan Maglev train.Train xde tayar.Train terapung.Maximum speed boleh sampai 500km/j.So alang-alang da sampai Shanghai tu kami try naik Maglev tu.Maglev tu dalam 10 saat speed die da 170km/j.Mase kami naik maglev tu kami x berpeluang merasai speed 500km/j sbb speed 500km/j tu dibenarkan mase tertentu je.Mase kami naik tu speed die paling laju 300km/j.Same cm shinkansen.



Shanghai Tower

Restoran kt China style die makan ramai-ramai.Satu meja dalam 7 org,kt tengah-tengah meja ade satu alas yang boleh pusing.Atas alas tu diletakkan lauk.First time makan makanan cine.Makanan cine banyak minyak dan pedas.Mcm makanan msia.Budak Jepun ckp x sedap sbb bnyk minyak.Makanan jepun x banyak gune mnyak.Mase lunch tu banyak lauk tp saye bole mkn 2 jenis je.Nasi goreng telur ngan sayur goreng.Yang len sume ade daging dan ayam.Nak buat cmane terpakse makan gak la 2 jenis tu.


Lepas makan kami patah balik gi airport.Sambung perjalanan gi Xiamen.Dari Shanghai ke Xiamen xde pape.Sume keletihan sbb penyesuaian diri sedang berlaku.Hehehe.
Kat Xiamen kami mnginap kat Huaxia Hotel.


Matawang China : Yuan
Kadar : 1 Yuan = 12 Yen = RM 0.40 lebih kurang
3 Yuan boleh beli 1 botol air 500 ml Coke.Murah:)
Waktu China same ngan waktu kat Msia.

Monday, October 11, 2010

'Bateri' sudah sampai^^

"Perhatian kepada Uqbah,sila datang ke pejabat kerana ada bungkusan untuk anda"

Barang dari Malaysia sudah sampai..


Milo 3 in 1 xde kat Jepun..milo bese ade..tapi mahal..250g = RM12 lebih kurang..
Dapat gak melepas perasaan kat milo..terima kasih abah dan umi:D

Thursday, October 7, 2010

Jumaat..

Jumaat hari yang best..kelas hari jumaat ringan2 je..pagi kelas BI..tghari kelas PJK..lpas tghari kelas math..kul 3 abes..abes kelas trus balik..

Kelas math sblum balik tu kelas yg sgt memerlukan daya ketahanan mengantuk sbb lpas kelas PJK..saya juga beberape kali tumpas walaupun mcm2 care dilakukan utk mnghilangkan rase mngantuk..tp budak jepun lain..cikgu baru masuk kelas diorg da tido..kalo yg x tido tu kbnyakan main Nintendo DS,bace manga,men henset...yg concentrate sikit je..sian gak tgk cikgu math tu..nasib baik die baik..x marah..satu hari tu 10% je yg bgn..yg len tido..cikgu jd ngantuk sbb tgk student die ramai tido..haha..da la mase tu cikgu ajar bab yg agk susah..bile da rmi sgt slalu tido dlm klas,time exam ramai x leh jawab..

Tu la salah satu kerenah budak jepun kat sini..@.@

Saturday, October 2, 2010

Attention!

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Surah Al-Isra' ayt 32.

Ayat yang kite selalu denga tapi ramai di kalangan kita tak faham.Yang haram jadi halal.Yang halal jadi pelik.Kawan-kawan mari berusaha jadi baik dan lebih baik.Wallahualam.

Tuesday, September 21, 2010

Gunung Fuji

Summer baru ni saye bersama rakan-rakan telah mendaki Gunung Fuji.Ketinggian Gunung Fuji adalah 3776 meter..Gunung Kinabalu 4095 meter..

Gunung Fuji bese nye orang daki bulan 7 dan bulan 8(musim panas).Orang x daki musim lain sebab atas tu sangat sejuk.Naik ari tu pun,suhu 4-5 darjah celcius.

Pendakian tu dianjurkan Persatuan Pelajar Malaysia di Jepun.Tapi yang gi lebih kurang 30 orang sebab yang lain ade exam dan ramai yang balik Malaysia.Kami start naik lebih kurang pukul 10 mlm.Di pertengahan pendakian kami berpecah sbb ade yg kene jalan slow2,sakit,keletihan.Oksigen sangat kurang mase tu.

Saye mengambil mase 9 jam nak sampai puncak.Speed naik sgt slow sbb ramai datuk dan nenek turut mendaki gunung.Turun pon 9 jam sebab jalan turun curam dan berbatu.Setiap 20 minit jalan kene stop sebab nak bagi rehat kaki.

Lepas ni kalau ade orang ajak naik fuji lagi skali,x nak dah.Cukup la skali.Ade pepatah kt Jepun cakap "Sape x penah naik fuji die bodoh,sape naik fuji lebih dari sekali pon bodoh".Kat atas tu xde pape.^^


Pemandangan Gunung Fuji dari tingkap train


Bersama Falah sebelum naik


Sunset..04.51 A.M


Pukul 05.07A.M


Trek turun


Kesesakan berlaku


Checkpoint 8.


Lepas turun.Tunggu 2 orang kawan yang sedang dalam perjalanan.

Monday, September 20, 2010

Exam

Bismillah..pegang pensel tengok soklan..lepas 10 saat kedengaran bunyi "ketuk ketak ketu ketak"..bunyi pensel menjawab soklan yang dipegang budak jepun..saiko seh..saye ni terkial-kial nak faham soklan..itu la realiti peperiksaan kat tempat saye blaja..skolah lain pon camtu gak rasenye..

Exam kat sini lain dengan exam kt Malaysia..kebanyakan sume hafal..boleh kate sume subjek yang saye blaja sume perlu dihafal untuk menghadapi peperiksaan..orang jepun suke cmtu kot..kalo Malaysia kebanyakan kene faham..x faham,markah elok pon susah nak dapat..sini hafal,x faham xpe,boleh dapat A..

Bagi saye nak hafal2 ni susah sket r..bile faham snang igt..nk fhm tu payah..sbb all in japanese..yg susah nak faham tu kne translate jadi english baru faham..tapi sekarang alhamdulillah 70% boleh faham..

Exam kali ni saye ade 14 subjek..mengalahkan SPM..exam plak bukan ade gap..bersambung setiap hari..selama seminggu..mase utk study sgt la terhad..mase ni la kene praktik kan study smart and a little hard..haha..lebih2 hard pon x gune sbb bile dah terlalu hard bnde lain jadi lupe..itu saye..kalo dah x smpt abeskan terpakse gune care teknik ingatan bulat2..30% berkesan setakat ni..haha..

Bismillah..moga dipermudahkan segalanya exam kali ni..ameen..

Saturday, September 18, 2010

Bile x leh fokus


Bile study..bukan bole fokus lame2..bile x leh fokus stdy pon x gune..^^
So..ini saye buat..


Bola kecik..main baling-baling kat dinding..


Main PS3..


Bola besar..berlatih buat skill..tp x terer-terer pon....


Denga lagu..



Papepon,bile x fokus tu,syaitan akan hasut kite macam-macam..kalo kite leka,keje yang kite sepatutnye buat x kan terbuat..sebelum study bacalah doa penerang hati,dijauhkan godaan syaitan..insyaAllah Allah akan tolong^^..waallahualam..


bace quran sokmo deh..faham skali maksud die lagi baik:)
 
 
Blogger Templates