Social Icons

Pages

Sunday, December 18, 2011

Sashimi

Makan malam mase travel bersama pelajar luar negara Jepun:)
Ingat tak sedap makan mentah mentah ni tapi sedap!

Tuesday, December 6, 2011

Cabaran sejuk

Musim sejuk sudah datang.Baju-baju tebal & berlengan panjang mula dikeluarkan dari Beg Musim Sejuk.Baju nipis masuk balik dalam Beg Musim Panas.

Cabaran bangun seawal 3-4 pagi untuk solat subuh sudah tiada.Subuh masa musim sejuk ni dalam lebih kurang pukul 5.30 pagi macam tu la.TAPI..cabaran lain pulak datang.Cabaran keluar dari selimut.Dalam selimut sangat la seronok mase pagi.Nak ambik wudhu,air pulak macam air berais.Tadah je tangan pasti kebas.Tapi sejuk ke panas ke ape ke perkara wajib kene buat.

Cabaran seterusnya,pegi sekolah pagi.Sekolah start pukul 8.50.Waktu sejuk sejuk awal bulan 12 ni suhu pagi biasanye lebih kurang 10 darjah celcius.Bile dah masuk musim sejuk yang sangat sejuk 0 darjah pun ade jugak.Mase tu muka je yang tak berbalut.Telinga,tangan ape sume berbalut.Tu pun masih terasa sejuk lagi.

Mandi memang jarang la.Tapi badan lambat berbau sebab peluh tak berape mau keluar.Rekod saya paling lama tak mandi,seminggu.Basuh mula gosok gigi je.Hehehe.

Banyak lagi cabaran sebenarnye.Membe membe saya yang tak berpeluang merasai belajar atau hidup di negara 4 musim selalu cakap "bestnye sejuk","bestnye salji".Sebenarnye bende tu awal awal je rase best.Tapi dah lame lame anda pasti kurang seronok dengannya.

Sunday, November 27, 2011

Cip Kentang kegemaran rakyat Malaysia di Jepun

Namanya Karamucho.Gambaran Karamucho menunjukkan cip ini pedas tapi bagi lidah orang Malaysia sikit pon tak pedas.Setiap minggu mesti makan la Karamucho ni.:D

Friday, November 18, 2011

Mencari haba

Musim kesejukan kesudahan kedatangan.Keperluan haba untuk kaki ketika di bilik adalah keperluan.

Sunday, October 30, 2011

Cicah cicah roti

Sekarang sudah malas sapu2 jem atas roti.Bukak jem ambik roti cicah saje.:D

Thursday, October 13, 2011

Luaskan Pengetahuan

Kebanyakan lelaki kalau sedang melakukan sesuatu kerja,dia tidak boleh fokus kepada perkara lain.
Manakala wanita pula,boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Sebagai contoh,si adik(perempuan) sedang bercakap dengan abangnya di skype.Tapi abangnya sedang bermain ps3.Segala percakapan si adik,si abang tidak dapat fokus.Kesian si adik kerana terpaksa mengulang kembali apa yang dicakapkan.Perkara seperti ini selalu terjadi kepada saya.So bile saya belajar ke,main game ke,saya akan cuba tidak 'on' skype,YM & sewaktu dengannya.Berbeza dengan si adik.Apabila abangnya bercakap dengannya di skype,si adik dapat bercakap sambil 'study',melipat baju & kerja-kerja lain.Itulah antara perbezaan lelaki dan perempuan.

Banyak lagi perkara yang dapat diketahui mengenai perbezaan lelaki dan perempuan melalui buku ini.

Wednesday, October 12, 2011

Nasi Lemak

Malam je mesti lapar.Belek2 gamba lame terjumpe gamba nasi lemak ni.Nasi lemak ni makan kat Sunway Pyramid.Harganya RM10.Mahal.Nasib baik sedap.


Saturday, October 8, 2011

Omoshiro Jikken (interesting experiment)

Pelbagai eksperimen-eksperimen fizik,kimia & elektrik telah diadakan di tempat saya belajar.Tujuannya adalah untuk menarik minat kanak-kanak di kawasan sekitar ke alam sains.Setiap tahun omoshiro jikken ini diadakan.Tahun ini saya berpeluang mempamerkan kajian saya mengenai buih mikro (microbubble) kepada orang ramai.

Thursday, October 6, 2011

Testing

Harimau mati meninggalkan belang,
Steve Job mati meninggalkan Iphone,Imac,Ipad,Macbook


saje menge'test' blogger application kat Iphone:)

Tuesday, August 2, 2011

Kari Bujang


Ni gambar mase kene buat presentation pasal cara memasak.Saye pilih kari sbb hari-hari buat kari.:)
Kari ni simple saje 15 minit siap.Orang lain makan mungkin tak sedap tapi budak mongol yang sekelas dengan saye suka makan kari saye.
Janji nampak kuning,bau kari,pedas, ade ayam itu lah kari!:P

Wednesday, July 27, 2011

The Japanese Murtabak (Okonomiyaki)

Mari gaul-gaul dulu...

Masak die..

Makan die..

Last skali mari minum cola..oh ado umphh!

Monday, July 25, 2011

Segeranya takoyaki itu!

Hari-hari makan mee segera je..kali ni try takoyaki(sotong bersama tepung yang dibulatkan) segera plak..mudah saje..lagi senang dari cucur adabi tu..semudah abc..mari kita tengok macam mana..

Mula-mula tengok dompet,ade duit ke tak..pastu kalo ade pegi supermarket..cari takoyaki tu..bahangian frozen..pastu beli la..

Dah beli balik rumah pergi dapur..cari gunting ke pisau ke bukak paket takoyaki..pastu masukkan dalam bekas yang sesuai utk dimasukkan dalam oven..goreng pon boleh jugak..

Setkan masa dalam 2 minit..lame sangat jadi bebola arang..boleh makan tapi tiada feeling la..

Teet teet teet! Oven sudah berbunyi menandakan masuknya waktu takoyaki sudah siap sedia untuk dimakan..kalo makan takoyaki tak cukup boleh ditambah kentang goreng atau sebagainya..cicah dengan sos pon sedap jugee..




Tapi takoyaki frozen ni kat Malaysia macam takde..kalo ade mesti laku..hoohoho..ittadakimasu..ittekimasu!

Saturday, July 23, 2011

USB powered fan


walaupun kecik angin die best!

Tuesday, May 10, 2011

Conteng-conteng


Contengan nota.Mane satu patut disalin? (_-_)

Monday, May 9, 2011

Denda pertama di Jepun

21 April,fan heater saya dirampas.Fan heater tu sebenarnya barang yang dilarang bawak masuk asrama.Tapi saya gatal gak gi beli.Sape tahan sejuk kalo bilik takde heater mase winter.Fan heater tu hanya sempat bertahan 5 bulan je.Rampasan berlaku mase waktu kelas.Macam sekolah menengah dulu(-_-).Silap saya jugak sebab tak simpan elok-elok.


Fan heater jadi kenangan.


Notis pemberitahuan rampasan fan heater.

Tapi fan heater tu dapat balik nanti lepas graduate nanti.Aiya lame oo..
Akibatnye,saya telah didenda oleh sensei.Saya kena bersihkan tangga dan kaki lima blok D dari tingkat 1 ~ 3.Blok D kecik je tapi 3 tingkat oo.Sebelum gi kelas kene bersihkan sume-sume tu pastu kene ambik pengesahan dari sensei sambil tunjuk bukti(sampah).Lepas baru boleh gi kelas.Denda tu nasib baik 2 hari je.Padan muka sape suruh tak simpan elok-elok.


Borang pengesahan.Hari pertama selesai.

Patuhilah peraturan.Jangan biarkan tidur anda terganggu.

Sekian:)

Saturday, May 7, 2011

Nagasaki City in the dusk


I love Trem:)

(click for large image)

Wednesday, April 13, 2011

Sup Daging Q

Bahan-bahan:
Daging (kuantiti ikut suka)
Air (banyak pon boleh sikit pon boleh)
Kiub pati daging (ikut firasat kesedapan)

Cara-cara:
Potong daging ikut suka.Reneh daging yang dah dipotong.Selepas beberape minit muncul lemak-lemak daging di permukaan air mendidih.Buang lemak tu.Bile rase daging tu dah lembut masukkan kiub pati daging.Biar beberape minit.pastu siap.Kalo tawar boleh tambah garam secukup rasa.Masa masak tu masak la dengan sepenuh hati.:)

Kelebihan resipi ini:
Cepat dan mudah.
Tak payah potong banyak benda.
Masa masak boleh main game.

Kekurangan:
Kurang khasiat.
Orang lain tengok rase kesian.
Hidangan sunyi dan sepi sebab tak de kaler.

Janji perut kenyang.Alhamdulillah:D

Friday, April 8, 2011

Cerita cuti yang lalu :)

Alhamdulillah sudah berjaya masuk ke final year.Segala kesusahan keperitan yang lepas berjaya dilepasi.Syukur.

Baru ni balik Malaysia.Setaun dah tak balik.Balik melepaskan rindu pada keluarga dan rakan-rakan dan makanan yang dah lame tak jumpe.Sampai Malaysia malam tu terus pekena roti canai ngan teh tarik.wah wah wah.:)

Mase kat rumah aritu abah duk tanye dah rase nak kawen ke.Hah soalan yang sukar dijawab mase ni.Hati jawab nak mulut hanya senyap.Haha.Tipu la kan sape tak nak kawen kan.Sekarang baru umo 22.Boleh dah nak kawen tapi diri ni belum cukup gagah lagi untuk memimpin.Lagipon dalam perjanjian dengan JPA mase ni takleh kawen lagi.Ngeh ngeh.Lupakan dulu bende ni.:)

Abah ade cite pasal kawen.Abah cakap kalau nak kawen cari la yang sekufu.Mase blaja bab kawen mase form 5 dulu pon ade sebut pasal sekufu.Abah cite pasal membe-membe die yang kawen dengan org yg tak sekufu.Macam-macam masalah timbul.Ada satu cite abah yang agak menarik.Seorang wanita berkelulusan sarjana pendidikan( keje cikgu) kawen dengan seorang lelaki keje kilang.Awal-awal perkahwinan memang bahagia.Tapi lepas beberapa taun rumah tangga diorang ade masalah.Sebab?Si suami tu rase lagi rendah kedudukannya dari isteri nya sebab die keje kilang je.Gaji pon ape sangat.Segala duit perbelanjaan rumah dikawal isteri sebab si isteri gaji besar.Orang lelaki memang tak suka kalau isterinye memimpin keluarga.Setiap lelaki memang mempunyai rasa untuk memimpin.Memang fitrah lelaki macam tu.Dah lame macam tu si suami tak tahan mula la perasaan marah keluar.Marah kerana ego nya tercabar.
Tapi bukan sume orang macam tu kan.Ade je yang bahagia.Semua kuasa tuhan kita.

Macam gitu la salah satu cite pasal pasangan yang tak sekufu dari segi ekonomi.Bukan senang nak kawen ni.Kene pilih betul-betul pasangan.Kene pikir jugak matlamat perkahwinan.Bukan suka-suka je.Yang penting ibu ayah jangan dilupa.Panduan dari ibu ayah pun penting.

Loh cite pasal kawen pulok.Haha.Bulan 6 ni start university entrance exam.Kene blajo molep ni.Bismillah..

Waallahualam.

Monday, March 14, 2011

Cerita 11 Mac

11 Mac yang lalu,gempa bumi berskala magnitud 9 diikuti tsunami telah melanda Jepun.Tapi bukan satu jepun kene.Belah-belah atas Jepun yang kene.Di Malaysia ramai orang ingat satu Jepun kene.Belah bawah Jepun tak kene gempa bumi.Alhamdulillah.Cuma amaran tsunami je ade.


11 Mac tu saya berada di Oita.Pagi tu bukak fesbuk,membe-membe kecoh duk post pasal gempa bumi.Mula-mula saya ingat gempa biasa sebab sebelum ni ade je membe-membe duk post pasal gempa.Tapi hampir sume post yang ade kat news feed tu sume pasal gempa bumi.Ade yang cakap kene lari keluar rumah,sembunyi bawah meja,pening-pening,takut dan macam lagi.Saya bukak laman web kaji cuaca Jepun.Memang betul la ade gempa bumi.Gempa bumi yang tidak dijangka kekuatan nye.Subhanallah.

Petang tu saya nak kene balik Sasebo sebab kene re-sit exam fizik.Lepas solat Jumaat saya berkemas dan terus ke stesen keretapi untuk gi ke stesen bas.Ketika dalam keretapi tu,tiba-tiba saya dengar bunyi "gedegup!" dan keretapi yang saya naik tu terus brek sambil membunyikan hon sampai orang dalam rumah keluar.

"Perhatian.Satu kemalangan jiwa telah berlaku.Penumpang sume diminta bertenang"

Ya Allah ape pulak ni.10 minit lepas tu datang ambulans,polis,bomba,jurutera keretapi.Orang-orang dalm train terkejut.Sume tengok luar tingkap.Rupa-rupa nya keretapi saya naik tu langgar orang.Terkejut.Mungkin kes bunuh diri.Mula la terbayang badan manusia yang berkecai.Dekat 2 jam gak keretapi tu berenti.Bas yang naik nanti pon dah terlepas.

Sampai je kat stesen yang dituju,saya nampak ramai orang berkumpul.Ade beberapa keretapi tergendala operasinye disebabkan gempa bumi.Dah la mase orang nak balik rumah.Ramai yang terpaksa tunggu sampai keretapi boleh beroperasi balik.

Alhamdulillah,nasib baik tiket bas boleh tukar.Mase dalam bas on the way balik Sasebo,ade eksiden plak.3 kete eksiden.Abih jam highway.Sejam gak tersekat.Salah satu kete yang eksiden tu Toyota Prius Hybrid.First time tengok prius eksiden.Hancur depan belakang.


MasyaAllah macam-macam berlaku 11 Mac ari tu.Allah yang mengaturkan sume tu.
Innalillah.

Tuesday, March 8, 2011

Dugaan Musim Bunga (>..<)

1 Mac final exam abis dan bermula lah cuti musim sakura.Paper last Applied Physics.Hanya sejam diberi untuk menjawab soalan yang memerlukan kefahaman soalan yang tinggi.Mempunyai 2 tema,Wave dan Liquids.Sejam tu memang tak cukup.Dengan nak faham bahasa jepun nye lagi.Dalam masa sejam 50% je berjaya di jawab.

Bermula 2 Mac hari-hari saya gi sekolah walaupun cuti.Bukan nak ambik klas lebih tapi gi tengok result.Kalau ade yang fail terpaksa re-sit.Kalau tak re-sit,repeat setaun.Tak nak la repeat rugi mase je.4 Mac result Applied Physics keluar.Result di tampal di depan bilik cikgu.Ramai jugak yang gagal.Saya mencari no 43.'No 43 Uqbah----- 59'.Markah lulus 60.Tapi 1 markah je tak cukup.Saya terus balik asrama.Cuba menahan kesedihan.Plan untuk ke melancong ke Korea musnah.Tiket nak balik Malaysia juga terpaksa ditukar dan memerlukan kos yang agak tinggi.Nak tak nak tukar je la.

Sedih pon sedih la.14 Mac re-sit exam.Terpaksa la menunggu sehingga tarikh re-sit.Musim bunga kali ni kena study.Soalan yang keluar nanti bukan soalan final ari tu.Tapi soalan dari awal taun sampai final.Uwaaa sakit gak tu.Masa diberi utk menjawab exam nanti 5 jam.

Sementara menunggu 14 Mac,saya gi rumah senior saya.Sunyi duk kat hostel.Kawan-kawan lain dah balik Malaysia.

Bukan rezeki saya kali ni.Takpe ade hikmahnye.Moga Allah permudahkan urusan.

Saturday, February 26, 2011

Wow ringkas nye..

Bukak fesbuk.."HB!"..2 huruf tertera di wall seorang kawan..mula-mula tgk tu ape kebende la HB tu..oo "happy birthday " ke..haha..adakah orang semakin malas nak menaip panjang-panjang?adakah kerana style?..hmm...dunia permesejan sudah menjadi ringkas..

Macam henpon..mase mula-mula pakai henpon,nak taip sms punya la lambat..bese la tak hafal lagi kedudukan butang huruf..mesej pon panjang-panjang..no shortform..kalau nak ajak kawan gi makan.."Din jom pergi makan roti canai dekat kedai mamak sebelah sekolah..aku dengar roti canai dekat sana sedap dan murah"..haha..

Bile dah bese "Jom g mkn kt kdai mmk sblh sklh..ak dngr roti cnai die sdp n mrh"..sume ayat jadi shortform..nak menaip pun senang..laju je..tak payah tengok keypad..sambil belajar dalam kelas pon boleh sms..tapi ringkas pon ade jugak yang tak faham..kalo bace sms budak terengganu bersms ngan budak terengganu.."mg gi dop koloh ng?ekgi ckgu maroh oo"..sape bukan orang terengganu mungkin tak faham..hehe..

Ringkas ringkas ringkas..memang ringkas..bile ringkas ringkas pon jadi ringkas..apabila ringkas ringkas itu pun menjadi ringkas lagi..hah gape ni..ngarut dah..haha..

Tahan kentut akhirnye terlepas,
Membe sebelah sangat la bengang,
Kalau kerja sekolah sume ringkas,
Jiwa no problem hati pun senang.

Tuesday, February 22, 2011

Bile exam saje..?

Gi sawah gi pukat ikan sepat,
Ikan sepat takdok buleh batu 3 ketul,
Bile prekse sudoh dekat,
Kalut bukok buku stadi betul-betul.

Kedai Turki wat kebab,
Beli kebab free tudung bawal,
Mase prekse dok buleh jawab,
Nyesal dok stadi awal-awal.

Naik eskelater selang seli,
Lari sane sini abih semput,
Minggu prekse gi dapur jarang skali,
Cikedis air botol pelega perut.

Beli tukul ngan pahat,
Dok gune pon beli saje,
Siang mate rehat,
Malam mate kije.(kerja)

Negare sbloh kene serang,
Abih ramai askor mati,
Result bagus hati girang,
Takdok re-test buleh balik Malaysia senang hati.

*nak balik Malaysia (T__T)

Sunday, February 20, 2011

Vending Machine

Resah melihat rumus.Rumus yang banyak pecahan,kuasa 2,kuasa 3/2...istilah2 yang berbeza tapi maksud dekat2..itu la fizik industri..ape kaitan ntah ngan elektrik..@.@..

semua di atas hanya permulaan ayat..hehe..

Penat blaja gi keluar jap..rase nak gi beli makanan sket kt kedai tapi malas nak kayuh basikal..last2 gi la beli air kat vending machine..Jepun ni mmg senang la..mane2 ade vending machine..tepi2 jalan pon ade..dari kampung sampai bandar ade..mungkin sebab kadar jenayah kat Jepun rendah, banyak vending machine sampai tepi jalan pon ade..

Baru ni saya ade bace artikel pasal vending machine kt Jepun..Jepun paling banyak vending machine kat dunia..nisbah,1 mesin:23 orang..kat Jepun ade 127,076,183 orang(sumber wikipedia)..memang banyak...


(sumber:wikipedia)

Vending machine kat Jepun macam2 jenis ade..vending machine kat Jepun ade yang boleh cakap..siap dengan loghat lagi..ade vending machine yang jual rokok..tapi kalo nak beli kene tunjuk id sebab tak nak bagi budak2 bawah umur beli..ade yang bayar pakai kad(mcm touch n go)..ade yang touch screen dan lain2..hohoho..canggih2..

Tensen blaja ni terfikir cmane kalo vending machine kat Malaysia di set loghat Terengganu..
Sampai je dekat mesin tu "selamat datang,kalu nok beli buh pitih dalam badang saye"..lepas masuk duit "tadi anda masukkang pitih singgit doploseng(RM1.20)..pilih la air mane hok nok beli"..hmm cm best gak..haha:D

Friday, February 18, 2011

Ooocha


Ini ialah ocha.Ocha ialah sejenis air teh.Orang jepun suka minum ocha.Kalo makan kat restoran memang ade ocha.Mula-mula sampai jepun dulu saya memang tak suka ocha.Ocha jepun pahit,tak de rase.Tapi entah macam mane tetibe jadi suka ocha.Sanggup redah kesejukan semata mata nak beli ocha ni.

Sunday, February 13, 2011

Uhuk uhuk..gohon gohon

Saya batuk.Saya gatal gi minum air sejuk mlm2.Dah la sejuk mlm2.Abis batuk.
Bile saya batuk memang payah nak stop.Kalau batuk mase cuti ok lagi.Kalau mase kelas memang ganggu satu kelas.Kadang-kadang saya tahan batuk mase kelas sampai keluar air mate.

Satu minggu lagi nak exam.Kalau batuk saya tak baik lagi susah la nak study.Batuk ni penat.Bile penat tu senang mengantuk.Bile mengantuk masuk selimut tidur.Wo ini agak bahaya di kala exam.Takpe ini ujian Allah.:)

Batuk ade ubat ke?

Ubat2 yang saya guna utk kurangkan batuk.Yang kuning tu ubat sembur.Sembur kat kerongkong.Bile sembur lega kejap tekak.:)

'gohon-gohon' tu salah satu perkataan bahasa jepun yang menunjukkan bunyi batuk.:)

Dalam bahasa jepun 'gohon gohon' tu

Thursday, January 27, 2011

Kamera

Ramai org suke kamera..kalau dulu kamera filem,sekarang kamera digital.Mase pakai kamera filem,filem kene beli.Gi kedai nak beli 'kodak'.Pastu filem tu ade mcm jenis pulak.:)

Sekarang kamera digital.Tak yah susah2 gi beli filem.Beli kamera beli memori kad.Senang.Nak lagi senang tak payah beli kamera digital.Beli enpon yang ade kamera.Siap ade mp3,radio lg.Dunia cepat berubah.

Saya mula2 pakai kamera mase skolah menengah dulu.Kamera filem.Sebulan @ 2 bulan skali beli filem.Tapi kamera tu function x berape elok.Bile cuci gambar banyak gambar berlapis.Lepas abis skolah menengah saya pakai enpon berkamera.Jakun jap.Hehehe.

Sekarang saya pki kamera dslr.Tapi saya tak jage betul2.Sekarang dah rosak.Nak kene hantar kat kamera center.Kamera oh kamera.

Patutkah beli yang baru?^^
 
 
Blogger Templates