Social Icons

Pages

Tuesday, March 8, 2011

Dugaan Musim Bunga (>..<)

1 Mac final exam abis dan bermula lah cuti musim sakura.Paper last Applied Physics.Hanya sejam diberi untuk menjawab soalan yang memerlukan kefahaman soalan yang tinggi.Mempunyai 2 tema,Wave dan Liquids.Sejam tu memang tak cukup.Dengan nak faham bahasa jepun nye lagi.Dalam masa sejam 50% je berjaya di jawab.

Bermula 2 Mac hari-hari saya gi sekolah walaupun cuti.Bukan nak ambik klas lebih tapi gi tengok result.Kalau ade yang fail terpaksa re-sit.Kalau tak re-sit,repeat setaun.Tak nak la repeat rugi mase je.4 Mac result Applied Physics keluar.Result di tampal di depan bilik cikgu.Ramai jugak yang gagal.Saya mencari no 43.'No 43 Uqbah----- 59'.Markah lulus 60.Tapi 1 markah je tak cukup.Saya terus balik asrama.Cuba menahan kesedihan.Plan untuk ke melancong ke Korea musnah.Tiket nak balik Malaysia juga terpaksa ditukar dan memerlukan kos yang agak tinggi.Nak tak nak tukar je la.

Sedih pon sedih la.14 Mac re-sit exam.Terpaksa la menunggu sehingga tarikh re-sit.Musim bunga kali ni kena study.Soalan yang keluar nanti bukan soalan final ari tu.Tapi soalan dari awal taun sampai final.Uwaaa sakit gak tu.Masa diberi utk menjawab exam nanti 5 jam.

Sementara menunggu 14 Mac,saya gi rumah senior saya.Sunyi duk kat hostel.Kawan-kawan lain dah balik Malaysia.

Bukan rezeki saya kali ni.Takpe ade hikmahnye.Moga Allah permudahkan urusan.

1 comment:

  1. rabbuna yusahhil,que.
    U can d0 it!inshaAllah ;)

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates