Social Icons

Pages

Sunday, December 18, 2011

Sashimi

Makan malam mase travel bersama pelajar luar negara Jepun:)
Ingat tak sedap makan mentah mentah ni tapi sedap!

Tuesday, December 6, 2011

Cabaran sejuk

Musim sejuk sudah datang.Baju-baju tebal & berlengan panjang mula dikeluarkan dari Beg Musim Sejuk.Baju nipis masuk balik dalam Beg Musim Panas.

Cabaran bangun seawal 3-4 pagi untuk solat subuh sudah tiada.Subuh masa musim sejuk ni dalam lebih kurang pukul 5.30 pagi macam tu la.TAPI..cabaran lain pulak datang.Cabaran keluar dari selimut.Dalam selimut sangat la seronok mase pagi.Nak ambik wudhu,air pulak macam air berais.Tadah je tangan pasti kebas.Tapi sejuk ke panas ke ape ke perkara wajib kene buat.

Cabaran seterusnya,pegi sekolah pagi.Sekolah start pukul 8.50.Waktu sejuk sejuk awal bulan 12 ni suhu pagi biasanye lebih kurang 10 darjah celcius.Bile dah masuk musim sejuk yang sangat sejuk 0 darjah pun ade jugak.Mase tu muka je yang tak berbalut.Telinga,tangan ape sume berbalut.Tu pun masih terasa sejuk lagi.

Mandi memang jarang la.Tapi badan lambat berbau sebab peluh tak berape mau keluar.Rekod saya paling lama tak mandi,seminggu.Basuh mula gosok gigi je.Hehehe.

Banyak lagi cabaran sebenarnye.Membe membe saya yang tak berpeluang merasai belajar atau hidup di negara 4 musim selalu cakap "bestnye sejuk","bestnye salji".Sebenarnye bende tu awal awal je rase best.Tapi dah lame lame anda pasti kurang seronok dengannya.

Sunday, November 27, 2011

Cip Kentang kegemaran rakyat Malaysia di Jepun

Namanya Karamucho.Gambaran Karamucho menunjukkan cip ini pedas tapi bagi lidah orang Malaysia sikit pon tak pedas.Setiap minggu mesti makan la Karamucho ni.:D

Friday, November 18, 2011

Mencari haba

Musim kesejukan kesudahan kedatangan.Keperluan haba untuk kaki ketika di bilik adalah keperluan.

Sunday, October 30, 2011

Cicah cicah roti

Sekarang sudah malas sapu2 jem atas roti.Bukak jem ambik roti cicah saje.:D

Thursday, October 13, 2011

Luaskan Pengetahuan

Kebanyakan lelaki kalau sedang melakukan sesuatu kerja,dia tidak boleh fokus kepada perkara lain.
Manakala wanita pula,boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Sebagai contoh,si adik(perempuan) sedang bercakap dengan abangnya di skype.Tapi abangnya sedang bermain ps3.Segala percakapan si adik,si abang tidak dapat fokus.Kesian si adik kerana terpaksa mengulang kembali apa yang dicakapkan.Perkara seperti ini selalu terjadi kepada saya.So bile saya belajar ke,main game ke,saya akan cuba tidak 'on' skype,YM & sewaktu dengannya.Berbeza dengan si adik.Apabila abangnya bercakap dengannya di skype,si adik dapat bercakap sambil 'study',melipat baju & kerja-kerja lain.Itulah antara perbezaan lelaki dan perempuan.

Banyak lagi perkara yang dapat diketahui mengenai perbezaan lelaki dan perempuan melalui buku ini.

Wednesday, October 12, 2011

Nasi Lemak

Malam je mesti lapar.Belek2 gamba lame terjumpe gamba nasi lemak ni.Nasi lemak ni makan kat Sunway Pyramid.Harganya RM10.Mahal.Nasib baik sedap.


 
 
Blogger Templates