Social Icons

Pages

Featured Posts

Monday, March 24, 2014

Grad lagi!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Kali kedua grad tahun ini di jepun lepas grad diploma dulu.
2 tahun persediaan bahasa jepun di UTM Semarak
3 tahun diploma di Sasebo National College of Tech.
2 tahun degree di Toyohashi University of Tech.

7 tahun aku belajar dalam bahasa jepun.
Bukan senang menguasai bahasa asing.2 tahun belajar bahasa di persediaan pun belum tentu boleh cakap dalam jepun secara lancar.Alhamdulillah Allah permudah segala urusan dalam 7 tahun ini.

Dalam 7 tahun belajar ni,waktu yang paling mencabar jiwa raga adalah ketika degree.Macam-macam berlaku.
Tahun pertama degree,aku terpaksa daftar subjek yang sangat banyak dan susah.Masa exam memang tak sempat nak baca semua sehingga aku terpaksa gagalkan beberapa subjek.
Habis tahun pertama,aku terpaksa ambil balik subjek yang gagal di tahun kedua bersama subjek baru.Tahun kedua pun boleh tahan susah.Tahun kedua juga aku diuji dengan masalah hubungan manusia.Tapi dengan pertolongan abah,umi,adik beradik,sahabat-sahabat masalah itu dapat ditempuh walau perit.Kalau diikutkan perasaan pasti aku tak dapat sehelai ijazah hari ini.

2 tahun yang mencabar serta mematangkan diri.

Lepas ni masuk dunia kerja plop.
3 taun lagi di Jepun 
InsyaAllah


The Degree of Bachelor of Electrical Electronic Engineering

Thursday, February 20, 2014

Matcha!

Jepun syurga coklat matcha

Matcha: green tea

Sunday, February 16, 2014

After a heavy snow in Tokyo




15 Feb 2014 , Saturday
Akihabara,Tokyo 

Wednesday, February 12, 2014

Memory #5 (The class of 5E)


Ahli kelas 5E (5th year Electrical and Electronic)time diploma dulu.Rindu mereka semua!

Tuesday, February 11, 2014

Putihnya salji


Nagoya putih diliputi salji.Fenomena ini jarang sekali berlaku di Nagoya.Subhanallah cantik :)

Friday, February 7, 2014

The best sushi ever


Sushi paling sedap pernah saya makan setakat ini.Nampak menggelikan tapi sekali masuk mulut sedap woo.Acu try test.Oh name sushi ni Tsukimi negi toro tapi dalam bm die tak tau.

Wednesday, February 5, 2014

Balik oo balik

Tinggal 3 minggu lagi nak habis internship.
Semakin menghampiri tarikh tamat internship semakin banyak kerja diberikan.
Hahaha.Tidak usah mengeluh.Keluhan itu tidak memberikan apa-apa.

Hampir 5 tahun berada di negara Jepun ini.
Suka-duka pahit manis masin masam tawar kelat dirasai sepanjang berada di negara ini.
Dari tak pandai cakap jepun sehingga boleh cakap jepun.
Dari tak tau tulis kanji boleh tulis kanji.
Dari tak tau apa-apa jadi tau apa-apa.

Terima kasih kerajaan kerana memberi kepercayaan.

Tapi duit biasiswa tak dibelanjakan dengan betul.
Tapi result exam cukup makan saja.
Kadang-kadang terfikir betul ke aku layak dapat tawaran belajar ini.
Pasti kebanyakan sahabat-sahabat lain terfikir seperti itu.

Nak baiki result exam sudah terlambat.
Lepas graduate pulang Malaysia.
Lepas pulang nanti nak berbakti pada keluarga,agama,bangsa dan negara.
MESTI!

InsyaAllah.

Main tulis saja.
 
 
Blogger Templates