Social Icons

Pages

Monday, March 14, 2011

Cerita 11 Mac

11 Mac yang lalu,gempa bumi berskala magnitud 9 diikuti tsunami telah melanda Jepun.Tapi bukan satu jepun kene.Belah-belah atas Jepun yang kene.Di Malaysia ramai orang ingat satu Jepun kene.Belah bawah Jepun tak kene gempa bumi.Alhamdulillah.Cuma amaran tsunami je ade.


11 Mac tu saya berada di Oita.Pagi tu bukak fesbuk,membe-membe kecoh duk post pasal gempa bumi.Mula-mula saya ingat gempa biasa sebab sebelum ni ade je membe-membe duk post pasal gempa.Tapi hampir sume post yang ade kat news feed tu sume pasal gempa bumi.Ade yang cakap kene lari keluar rumah,sembunyi bawah meja,pening-pening,takut dan macam lagi.Saya bukak laman web kaji cuaca Jepun.Memang betul la ade gempa bumi.Gempa bumi yang tidak dijangka kekuatan nye.Subhanallah.

Petang tu saya nak kene balik Sasebo sebab kene re-sit exam fizik.Lepas solat Jumaat saya berkemas dan terus ke stesen keretapi untuk gi ke stesen bas.Ketika dalam keretapi tu,tiba-tiba saya dengar bunyi "gedegup!" dan keretapi yang saya naik tu terus brek sambil membunyikan hon sampai orang dalam rumah keluar.

"Perhatian.Satu kemalangan jiwa telah berlaku.Penumpang sume diminta bertenang"

Ya Allah ape pulak ni.10 minit lepas tu datang ambulans,polis,bomba,jurutera keretapi.Orang-orang dalm train terkejut.Sume tengok luar tingkap.Rupa-rupa nya keretapi saya naik tu langgar orang.Terkejut.Mungkin kes bunuh diri.Mula la terbayang badan manusia yang berkecai.Dekat 2 jam gak keretapi tu berenti.Bas yang naik nanti pon dah terlepas.

Sampai je kat stesen yang dituju,saya nampak ramai orang berkumpul.Ade beberapa keretapi tergendala operasinye disebabkan gempa bumi.Dah la mase orang nak balik rumah.Ramai yang terpaksa tunggu sampai keretapi boleh beroperasi balik.

Alhamdulillah,nasib baik tiket bas boleh tukar.Mase dalam bas on the way balik Sasebo,ade eksiden plak.3 kete eksiden.Abih jam highway.Sejam gak tersekat.Salah satu kete yang eksiden tu Toyota Prius Hybrid.First time tengok prius eksiden.Hancur depan belakang.


MasyaAllah macam-macam berlaku 11 Mac ari tu.Allah yang mengaturkan sume tu.
Innalillah.

1 comment:

 
 
Blogger Templates