Social Icons

Pages

Friday, November 26, 2010

MUFLIS di sana lagi perit dari MUFLIS di sini

26 November hari Jumaat.Khutbah yang dipilih untuk solat jumaat hari tu."Kaya Dunia Muflis di Akhirat".Saya menjadi khatib.Mase bace khutbah ade isi-isi khutbah tu menyentuh hati saya.Ape yang menyentuh hati saya tu?

Kita sebagai orang islam wajib menunaikan solat,pose,mengerjakan haji dan sebagainye.Tapi duk buat bende wajib tu sebilangan besar dari kite,tak sedar yang kite telah menzalimi orang lain mcm fitnah, mengumpat , caci , curi , tipu, pukul orang , sihir dan mcm2.Saya mengaku saya jugak penah umpat orang.Umpat orang ni best tapi balasan die..muflis di akhirat..kene HATI-HATI..

Ade 1 hadis Rasulullah (bace abes ye:D)

Bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

So boleh kate golongan yg jadi muflis kat akhirat berasal dari mereka yg memiliki pahala mcm pahala solat,pose,zakat dan mcm2 lg.Tapi semua pahala tu habis digunakan utk bayar balik ganti rugi kat orang yg kite zalim tu.Lagi2 kite dapat dosa org yg kite zalim tu.

Rugi kn.Buat pahala kat dunia tapi abes cm tu je kat akhirat bayar hutang.So renungkan balik ade tak kite zalim kat org lain.

Kalo kita muflis kat sini ade lagi orang boleh tolong kan.Kalo muflis kat akhirat sape nak tolong?

Wallahualam.

1 comment:

  1. Orang yg solat, berpuasa, zakat n pergi haji pun mudah je masuk neraka, ini kan orang yg x buat amal2 tu semua. Nauzubillah..

    Thanks ye Q for the sharing. :)

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates