Social Icons

Pages

Sunday, October 24, 2010

Trip to China Day 2 & 3 : Xiamen

Hari kedua & ketiga ade kat Xiamen.Xiamen merupakan satu bandar yg agak besar kat China.Mcm Shanghai.Tapi kecik sket.Name lain Xiamen ialah Amoy.Sebelum gi China,saye pikir Xiamen ni kampung sebab name 'xiamen' ni jarang dengar.Sampai je,terkejut jap.Xiamen sangat besar.Lagi besar dari bandar raya KL.

Sekitar hotel

Dari tingkap bas

Hari kedua nye jadual melawat tmpat menarik kat Xiamen & 'koryukai' @ interchange program dengan pelajar2 Xiamen University of Technology yg ambik kos bahasa jepun.Terkejut gak dengar ade kos bahasa jepun kt situ.

Sebelom gi 'koryukai' tu,kami gi tempat yg paling popular kat Xiamen.Sebuah pulau yg cantik bernama Gulangyu Island.Nak gi pulau tu kene naik feri.Kejap je.10 minit dari jeti tanah besar Xiamen.Org nak gi pulau sgt ramai mase tu.Terpakse bersesak-sesak dalam feri.Nasib baik 10 minit je.

Kat pulau tu macam-macam ade.Bank,McD,KFC,outlet,kedai2.Pastu barang2 die murah dan banyak yg pelik2.Memang rambang mate la sape yg suke shopping.Tapi mase tu kami x de mase,so kami hanya bersiar-siar di sekitar pulau tu.

Jeti ke Gulangyu Island.

Feri dari Gulangyu Island.

Anjing dibiarkan bebas.Kencing pon bebas kat mane-mane.

Pemandangan Xiamen City dari puncak bukit di Gulangyu Island.

Bersama classmate.

Aiskrim yang tinggi.

Bank of China.


Lepas balik semula ke daratan Xiamen kami terus gi Xiamen University of Technology.Universiti tu besar dan cantik.Bentuk bangunan pelik-pelik.Canggih gak universiti kat china ni.Universiti ni macam2 kos ade.Name je 'technology'.Kos ke'pramugari'an pon ade.Mase round2 kat universiti tu saye ternampak beberape pelajar memakai pakaian pramugari.Hebat:)

Kawasan utama Xiamen University of Technology

Blok Electrical Engineering


Lepas round2 universiti tu bermula la event paling besar.'koryukai' bersame pelajar cina yg ambik kos bahasa jepun.Bahasa jepun diorg bunyi cina.Agak janggal la bile ckp jepun ngan diorang.hehehe.Ade yg igt saye ni budak jepun.Bile saye cakap saye org Malaysia diorg tkejut.Saye ni mane ade ciri2 org jepun.Saye tnye diorg nape diorg igt saye org jepun.Diorg ckp bahasa jepun saye mcm org jepun.hahaha.Mase 'koryukai' tu mcm2 budaya cina kami belajar.Seronok gak.

'Koryukai' tu sgt seronok.Denga student2 cina ckp jepun.Teringat mase mule2 blaja jepun dulu:)





Hari ketiga.Shopping & lawatan ke kilang jepun di Xiamen.Saye x shopping.Sebab x tau nak beli ape.Xiamen ni banyak kedai fesyen.Banyak brand yg diciplak.Membe2 jepun seronok membeli belah sbb murah kalo dibandingkan ngan jepun.Diorg x ksah ori ke x ori.Janji nampak brand tu.hahaha.Mase ni saye banyak ambik gamba je.

Lepas shopping kami balik hotel tuka baju pakai sut sebab nak gi lawatan kilang.Kilang yang kami gi tu kilang buat motor elektrik yg sgt kecik yg ade dalam kamera@henset dan sewaktu dengan nye.Lawatan tu banyak explaination je.Agak boring.hahaha

Lepas lawatan tu kami dibebaskan sbntar utk sambung shopping,bersiar-siar bandar Xiamen.


Pemandangan Xiamen City waktu malam dari tingkap hotel.

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates